Majlis Penyampaian Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Terengganu 2012

Kampung Tepus-Pada 1 Februari 2012, Bertempat di dataran Gemilang, berlangsung majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar UPSR 2011 oleh Yayasan Terengganu kali ke-33. Buat julung-julung kalinya ia diadakan di sekolah ini dan menjadi satu penghormatan yang besar untuk warga sekolah dan penduduk kampung khususnya.

Majlis dirasmikan oleh YB. Dato' haji Din Bin Adam ( ADUN Bukit Besi) dan dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNT (En Zakariah Bin Ali), Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT ( En Nasir Ismail), Pengarah Yayasan Terengganu ( En Zakaria Yusof), Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Dungun (En Tuan Haji Mohd Fadhilah Ibrahim, wakil KETENGAH, wakil PKG bukit besi, semua Guru Besar Sekolah Rendah Dun Bukit Besi, guru-guru, ibubapa serta penduduk kampung. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi itu adalah untuk meraikan seramai 55 orang pelajar sekolah- sekolah DUN Bukit Besi  yang memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR 2011.

Kami warga sekolah mengalu-alukan kedatangan  semua para tetamu dan mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya serta tidak ketinggalan kepada semua yang terlibat samada secaran langsung atau tidak langsung dalam menganjurkan majlis ini..










Lawatan Jemaah Nazir

 
Pada 30hb Januari 2012- Jemaah Nazir dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah datang ke sekolah untuk membuat penilaian keatas SK Tepus setelah  memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 2011 serta  menduduki tempat ke-5 daripada 7674 buah sekolah rendah di dalam negara ini dalam skor NKRA SKPM 2011.Tujuannya adalah untuk meneliti sistem fail sekolah baik dari segi kurikulum, HEM, ko-kurikulum dan jawatankuasa yang berada dibawahnya serta melihat sendiri suasana pembelajaran di sekolah ini .Pihak sekolah amat mengalu-alukan kedatangan mereka dalam membantu mempertingkatkan potensi dan prestasi Sekolah Kebangsaan Tepus pada masa akan datang.



Aktiviti Ko-kurikulum pertama --Merentas Desa 2012

Dataran Kejat, SK Tepus 26 Januari, akiviti ko-kurikulum yang pertama mula diadakan disekolah iaitu hari Merentas Desa 1 Murid 1 Sukan.Seramai 41 orang murid dan semua warga sekolah yang terlibat secara langsung didalam aktiviti yang diadakan ini..Kategori terbahagi kepada 4 iaitu murid tahap 1(lelaki dan perempuan) dan murid tahap 2(lelaki  dan perempuan). Acara dimulakan dengan senamrobik oleh Cikgu Suri Sham dan Cikgu Zamri dan selepas larian pelbagai acara sukaneka untuk murid..Murid juga dijamukan dengan hidangan Mc Donald.Acara ini tamat pada jam 12.30 tengahari..-.lihat gambar dibawah-




Sejuta Kenangan buat Cikgu Suryati Abdullah

Pada tanggal 1 Februari 2012 adalah hari terakhir buat warga SK Tepus untuk melihat kelibat cikgu paling menawan yang telah memenangi Anugerah Guru Paling Cantik melalui undian murid pada Majlis Hari Guru  tahun 2011.Beliau akan berpindah ke SK Telaga Hulu Terengganu setelah hampir 3 tahun menabur bakti disini.Kehilangan beliau amatlah dirasai oleh semua para guru dan murid khususnya kerana beliau merupakan seorang guru yang ramah,lemah-lembut, sopan-santun, baik hati serta berdedikasi. Beliau juga memberikan keazaman yang tinggi sebagai guru dalam mencurahkan ilmu dan baktinya terhadap SK Tepus.Ini dapat dilihat apabila beliau sanggup berulang-alik sejauh 80KM atau lebih 1 jam pejalanan dari rumahnya yang terletak di Kg Pulau Rusa Kuala Terengganu ke sekolah.


Banyak jasa dan sumbangan yang telah beliau curahkan sepanjang perkhidmatannya di sini.Beliau juga amat mengambil berat perihal murid-muridnya. selain itu, beliau juga banyak membantu dalam menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran murid. Terima kasih kami ucapkan atas jasa-jasa yang telah beliau curahkan kami warga sekolah di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu SURYATI serta memohon kemaafan  sekiranya  ada melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tidak sengaja.Jangan lupakan kenangan suka duka kita bersama di sini ya...;)
Teruskan khidmat baktimu di sekolah baru demi mendidik anak bangsa untuk berjaya.

SK TEPUS TEMPAT KE 5????

Tahniah buat SK tepus dan warga sekolah kerana berjaya mendapat kedudukan ranking ke 5 daripada 7674 buah sekolah rendah didalam malaysia dalam skor SKPM 2011 dengan markah komposit 92.82 dan band 1...suatu pencapain yang amat membanggakan kerana SK Tepus baru 3 tahun bersaing dalam peperiksaan awam UPSR...-lihat gambar dibawah-

MajlisPerlantikan Pengawas 2012

Pada tahun 2012, Sekolah Kebangsaan Tepus telah membuat transformasi terhadap sistem disiplin sekolah, yang pertama kali dalam sejarah sekolah, perlantikan pengawas dan pustakawan sekolah akan memakai pakaian rasmi mereka untuk sesi persekolahan 2012, seramai 16 orang murid dipilih berdasarkan rekod dan kriteria tingkah laku mereka yang diperhatikan pada tahun lepas. Salah satu objektif perubahan ini adalah untuk memantapkan lagi bidang hal ehwal murid yang kini dibawah kuasa Cikgu Suri Sham dan seterusnya ia akan membuat pengawas dan pustakawan yakin dalam tangunggjawab masing-masing. Tahniah dan syabas kepada mereka, diharapkan mereka akan menjalankan tangunggjawab dan amanah yang diberi dengan sebaik-baiknya...