Program Gotong Royong Dan Sembahyang Hajat SK Tepus 2013

23 Ogos 2013- Pada hari ini satu program  khas telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tepus iaitu Program Gotong Royong, Sambutan Hari Raya dan Solat Hajat UPSR 2013. Program ini melibatkan semua warga SK Tepus iaitu guru-guru dan juga ahli PIBG.










TEKANAN ADALAH PENGGERAK KE ARAH KECEMERLANGAN ???






" Alhamdulillah, hari ini berpeluang jua saya menulis sedikit pandangan buat insan-insan warga pendidik yang satu profesion dengan saya. Tulisan ini hanya sekadar pandangan daripada saya yang serba kekurangan terutama ilmu-ilmu kepimpinan dan kepengurusan di sekolah. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit manfaat buat anda sebagai pendidik.

Secara peribadi saya bersetuju dengan kebanyakkan pandangan yang mengatakan tekanan itu begitu membebankan jiwa. Kadangkala tekanan menyebabkan seseorang itu begitu sukar berfikir dengan betul. Malah tindakannya juga menjadi tidak betul.

Menasihati orang lain supaya mengawal tekanan memanglah mudah. Tetapi untuk mengawal tekanan yang melanda perasaan tidaklah semudah menasihati orang lain. Ia samalah seperti menerangkan kepada orang lain bagaimana memasak nasi dengan betul. Tetapi apabila yang manerangkan itu memasaknya secara praktikal, barulah dia mengerti bahawa menerangkan itu tidak sama dengan merasainya sendiri.

Sebenarnya kita boleh mengambil tekanan itu sebagai alat yang boleh menggerakkan kita ke arah kecemerlangan. Saya selalu menyebut bahawa orang bijaksana mampu mengubah sesuatu yang negatif menjadi positif. Inilah yang sukar untuk dilakukan. bagaimana mungkin kita mampu mengubah sesuatu yang negatif itu kepada positif. Bagaimana hendak mengubah tekanan kepada kecemerlangan. Bekerja dalam keadaan tertekan, mungkinkah hasilnya cemerlang?

Itulah yang membezakan anda

Jika anda mengatakan tekanan akan meracun jiwa anda. Tekanan akan menyebabkan anda bertindak tanpa kematangan. Tekanan akan menyebabkan manusia hampir-hampir menjadi gila. Malah sudah ramai yang menjadi stress. Bukan itu sahaja, tahap yang paling kritikal sehingga membunuh diri atau membunuh orang lain. Jika semua alasan tersebut atau ada lagi alasan yang lain yang tidak disebutkan di sini yang anda sandarkan pada hujjah anda, ya saya bersetuju. Namun tidak mungkinkah tekanan itu mampu menjadikan anda insan yang cemerlang. Sebenarnya tekanan akan mendidik anda tabah dalam kehidupan. Sebenarnya tekanan akan mendidik anda bertindak pantas untuk menyelesaikan masalah.

Sebenarnya tekanan sedang memberi anda pengalaman supaya anda bisa menggunakan pengalaman tersebut ketika mana anda sedang merebut sebuah kejayaan. Sebenarnya tekanan sedang bertindak membentuk antibodi dalam diri anda supaya anda kuat untuk berhadapan dengan tekanan yang lain kelak.

Apabila anda berjaya menghadapi tekanan yang hebat, anda sebenarnya sedang bergerak ke arah kecemerlangan dalam hidup. Percayalah.....Hadapilah dengan tenang tekanan yang mendatang....Berfikir positif dan lihat tekanan itu sebagai sumber motivasi dalam diri anda...InsyaAllah anda akan cemerlang...Mengertilah..

Salam Lebaran dari SK Tepus