Taklimat Fertigasi Dari GM Peladang







Hari Gigi Sihat Selalu





Pertandingan MTQ PKG Bukit Besi 2012






Perjumpaan IbuBapa UPSR 2012


Tepus- 21 Februari, Satu Perjumpaan ibubapa dan pelajar UPSR telah diadakan di bilik mesyuarat sekolah. pada tahun ini seramai 6 orang murid akan mengambil pepriksaan UPSR yang sekaligus akan terus memertabatkan kecemerlangan SK Tepus diperingkat negeri. Perjumpaan selama 1 jam lebih itu dihadiri oleh semua ibubapa, mumrid UPSR dan Guru Tahun 6. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memberi persiapan awal kepada ibubapa dan pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSr yang bakal menjelma bulan september nanti. Selain itu ia memberi motivasi kepada ibubapa supaya dapat memberi tumpuan penuh kepada anak mereka supaya tidak lalai dan terus berusaha untuk mendapat kejayaan yang cemerlang


Kejohanan Sepak Takraw PKG Bukit Besi

Jerangau-22 Februari, Sekolah kebangsaan Tepus telah menghantar seramai 6 orang muird untuk menyertai pertandingan sepak takraw peringkat PKG Bukit Besi. Mereka dibahagikan kepada 2 regu yang terdiri dari murid tahun 5 dan 6..Keyakinan mereka jelas terbayang di wajah kerana ini kali kedua SK Tepus menghantar pasukan sepak takraw dan acara sukan yang menjadi satu-satunya penglibatan  SK Tepus dalam kejohanan atau pertandingan seumpamanya di peringkat PKG kerana masalah kekurangan murid untuk sukan berpasukan..walaupun tewas, pihak sekolah tetap bangga dan berpuas hati dengan peningkatan murid sk tepus dan komitmen yang mereka tunjukkan...syabas...




Takwim aktiviti ko-kurikulum PKG Bukit Besi 2012

Selamat datang cikgu Sabri

NIK SABRI BIN NIK MD SALLEH
SK Tepus - 15 Februari, Sekolah Kebangsaan tepus menerima seorang guru baru bagi menggantikan Cg Suryati yang bertukar ke SK Telaga awal bulan ini. Cikgu Sabri yang sebelum ini bertugas di SK Kuala Jengal mempunyai ikhtisas dalam bidang matematik dan kemahiran hidup. Beliau berumur 33 tahun dan berasal dari Besut Terengganu...selamat bertugas di SK tepus... semoga kedatangan beliau akan meneruskan lagi kecemerlangan sekolah...InsyaAllah...

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

            Pada 13 februari 2012 bersamaan 20 RabiulAwal 1433 Hijrah di dataran Kejat dengan bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah satu majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan buat julung-julung kalinya dalam lipatan sejarah sekolah. Semenjak penubuhannya pada tahun 1956, belum pernah ada majlis sambutan seperti ini dan ini diserikan lagi dengan perarakan mengelilingi kawasan kampung oleh semua guru, murid dan PIBG . Pelbagai aktiviti dijalankan sempena sambutan ini . Sambutan bermula pada jam 8.00 pagi dengan ucapan guru besar dan taklimat oleh Ust Tarmizi dan seterusnya perarakan sepanduk sambil membaca selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W oleh semua murid dan guru yang diketuai oleh guru besar SK Tepus, En Azmi bin A.Bakar.
Bergambar dengan YB Dato' Din Bin Adam
Ustazah Fajrina dengan Murid tahun satu bersedia untuk berarak
perarakan mengelilingan kampung sejauh 1.5KM


Pelbagai Aktiviti yang dijalankan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tahun ini seperti.

1.Pertandingan mewarna tema sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahap 1.

2.Pertandingan Menulis tulisan khat tahap 2.
3.Bacaan Alquran.
4.Persembahan nasyid.
5.Tayangan video kisah Nabi Muhammad S.A.W
6.Perarakan disekitar kampung.
7.pertandingan sepanduk.
8.Selawat Nabi.


Murid-murid sedang bertanding dalam tulisan khat dan mewarna

Penyampaian Hadiah oleh Guru Besar

Sepanduk Terbaik tahap 2 untuk tahun 6

Sambutan berakhir pada pukul 12.30tengahari

Kehadiran Semula Guru J-QAF


NurFajrina bt Abd Wahad

SK Tepus kini mempunyai 2 orang guru J-QAF  apabila kehadiran semula Ustazah Fajrina (lihat gambar) setelah berehat panjang untuk menyambut kelahiran puteranya..Ustazah Fajrina atau nama penuhnya NurFajrina bt Abd Wahad merupakan seorang guru J-QAF yang sedang menjalani praktikal selama setahun dalam bidang pendidikan J-QAF sekolah rendah. Beliau yang berasal dari Kuala Terengganu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang yang juga merupakan guru J-QAF yang sedang mengajar di SK Felda Rasau Kerteh 1 dan mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 4 bulan

Semoga dengan kehadiran beliau akan memantapkan lagi pengurusan sekolah demi memacu kecemerlangan SK Tepus...