PROGRAM KE ARAH UPSR 2013 ( PEMAKANAN MINDA FASA KEDUA)

19 Jun 2013. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada jawatankuasa UPSR Sekolah Kebangsaan Tepus kerana telah melaksanakan salah satu aktiviti menjelang UPSR pada September 2013 ini. Kali ini seramai 14 pelajar UPSR telah diberi Pemakanan Minda untuk fasa kedua pula. Pelajar tersebut telah dibekalkan pemakanan minda berjenama Examo yang bernilai RM60.00 bagi setiap pelajar dan diberi PERCUMA. Kos pembiayaan pemakanan minda tersebut telah  disumbangan oleh seorang 'hamba Allah' yang begitu cakna untuk melihat kejayaan pelajar-pelajar UPSR SK.Tepus untuk mencipta kecemerlangan UPSR pada tahun 2013 nanti. 

Seorang guru telah diberi tanggungjawab untuk memastikan  pelajar memakan pemakanan minda ini di sekolah. Beliau ialah Cikgu Azahar bin Salim, guru ICT SK.Tepus yang akan memastikan pelajar tersebut mengambil pemakanan minda secara berkala sebagaimana yang telah ditetapkan. InsyaAllah, kita berusaha dan berikhtiar untuk kecemerlangan pelajar. Yang menentukan adalah Allah SWT. Semoga usaha murni yang dilaksanakan oleh pihak Jawatankuasa UPSR 2013 dan di bantu oleh 'hamba Allah' berkenaan akan mendapat barakah dunia dan akhirat.Amin.