Aktiviti Fertigasi Murid Tahun 6 Selepas UPSR




Antara pengisian kepada murid-murid tahun enam selepas tamat UPSR.Semoga segala ilmu yang dicurahkan akan digunakan sepenuhnya suatu hari nanti.

                                                       
.
p/s : Selamat Menyambut Hari Raya. Semoga segala amalan diterima Allah.Maaf segala salah dan silap. Apa-apa pun jom anyam ketupat…yeaaaay…  :D



22 Oktober 2012- SK Tepus telah menerima lawatan pelajar pendidikan khas
SMK Sultan Omar. rombongan disertai oleh 35 pelajar dan diiringi oleh tujuh orang guru
pengirim. tujuan lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi perdedahan kepada pelajar tentang projek fertigasi dan juga projek pertanian lain yang dijalankan
oleh pihak sekolah.diharapkan pelajar mendapat manfaat daripada lawatan tersebut. 












PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORN SEKOLAH KEBANGSAAN TEPUS 2012
Pada 11-13 Oktober Yang Lalu SK Tepus Mengadakan Satu Aktiviti Perkhemahan Dibawah Anjuran Unit Kokurikulum Sekolah kebangsaan Tepus. Aktiviti Ini Telah Disertai Oleh Murid Tahun 3, 4, 5 Dan 6 Serta Semua Guru-Guru SK Tepus. Tidak Ketinggalan  Juga Fasilitator Luar Iaitu Bekas EIO SK Tepus En Mohd Rahim Bin Mahyuddin. Pelbagai Aktiviti Menarik Telah Diatur Sepanjang Perkhemahan Tersebut Seperti Team Building, Night Trekking, Night Confidence,Ikhtiar Hidup, Pertolongan Cemas, Sukaneka Dan juga  BBQ. Terima Kasih Kepada Semua Guru Dan Kakitangan Sekolah Yang Bertungkus-Lumus Menjayakan Program Tersebut. 


 

Verifikasi Kewangan SK Tepus



Tanggal 15 Oktober 2012, Pihak sekolah telah menerima kunjungan seorang Pegawai dari Unit Akaun & Kewangan,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Beliau ialah En. Mohd Rusaimi bin Jusoh . Tujuan kedatangan beliau ke sekolah adalah untuk menilai
pengurusan kewangan sekolah, kerana Sekolah Kebaangsaan Tepus telah dicalonkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Dungun  ke peringkat negeri Terengganu sempena Karnival Pendidikan tahun 2012. Kerjasama yang diberikan oleh beliau semasa pemantauan pengurusan kewangan sekolah amat membanggakan. Beliau telah menilai keseluruhan hal-hal berkait dengan  pengurusan sekolah. InsyaAllah kami warga sekolah berdoa kehadrat Allah SWT agar sekolah Kebangsaan Tepus akan dinobatkan sebagai pemenang peringkat sekolah rendah bahagian pengurusan kewangan terbaik semasa karnival pendidikan nanti. Pada tahun 2011, Sekolah Kebangsaan Tepus telah meraih 4 anugerah peringkat negeri semasa  karnival pendidikan tahun 2011 yang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Kemaman. Tahun ini kita cuba mengekalkan  kecemerlangan dalam pelbagai aspek pendidikan. Kunci utama kejayaan kecemerlangan pendidikan di sekolah semata-mata berkat 'kerja sepasukan' yang diamalkan selama ini. Sama-samalah kita sebagai warga sekolah menunggu keputusan dengan penuh harapan.    



SEKADAR RENUNGAN KEPADA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TEPUS daripada blog seorang Profesor mengenai “RASUAH MASA” dan KETETAPAN MASA.sama-sama kita amalkan di sekolah kita.
Alhamdulillah, saya sempat menyampaikan kuliah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Khalayak tidaklah sampai memenuhi auditorium besar di fakulti Ekonomi dan Perniagaan tetapi ia sudah memadai untuk saya menyampaikan pandangan bagi membolehkan ia menjadi ilmu yang bermanfaat.
Inilah yang akan menjadi bekal sebelum ditempatkan ke syurga Firdaus, InsyaAllah.
Hari ini juga saya menerima gaji terakhir sebagai staf UiTM.
Saya bermula dengan pendapatan di sekitar RM1500/sebulan pada 1988. Ia jumlah besar buat anak muda yang baru berusia 25 tahun. Selepas 23 tahun, saya meninggalkan UiTM dengan jumlah pendapatan akhir bernilai 10x ganda. Hampir RM15000/sebulan.
Jika pendapatan lain seperti bonus, mengajar sarjana, menjadi pemeriksa dalam dan  luar yang dibayar, elaun perjalanan, makan, loging semasa bertugas di luar kawasan, maka jumlah gaji tersebut meningkat tanpa disedari. Ia jumlah pendapatan yang selesa buat orang biasa-biasa seperti kami sekeluarga.
Malah ia jauh lebih selesa berbanding dengan ramai yang lain.
Dalam tempoh 5 tahun yang lampau sahaja, jumlah terkumpul yang telah dibayar oleh UiTM di atas jawatan saya melebihi 1/2 juta. Secara relatif, ia jumlah yang sangat besar.
Besar atau kecil jumlah pendapatan yang diterima, isu yang lebih utama ialah soal “halal-haram” bagaimana rezeki itu diperolehi. Di sisi Allah, itulah yang lebih penting dan mustahak.
Ayah saya selalu berpesan, “Mil, kita selalu mengatakan penguatkuasalah yang sering menerima rasuah. Kita – guru – juga tidak terlepas dalam soal rasuah. Lebih teruk lagi, kita menerima rasuah tetapi tidak sedar yang kita melakukan perbuatan keji itu. Bagaimana? Kita rasuah masa. Patut mengajar jam 8.00 pagi, sengaja masuk kelas jam 8.10″.
Saya tidak terkecuali.
Dalam tempoh 23 tahun berkhidmat barangkali saya juga melakukan rasuah masa terhadap amanah yang telah diberikan. Ada masanya saya tidak sedar dengan perilaku sendiri.
Ia seolah-olah bukan satu kesalahan besar.
Ayah juga berpesan, “Mil, kita pasti melakukan kesalahan. Sedar atau di luar sedar. Sebab itulah jangan terlalu berkira bila bekerja. Bila bos suruh kita melakukan kerja-kerja membantu pejabat tanpa bayaran, anggaplah ia sebagai satu peluang untuk membersihkan diri dari kekurangan yang telah kita lakukan”.
Ayah seorang guru besar. Beliau telah melalui fasa kehidupan yang sangat panjang. Banyak kata-kata hikmatnya yang melekat di hati sanubari.
Lalu saya merenung UiTM yang bakal saya tinggalkan. Di sinilah saya dianugerahkan dengan sumber pendapatan yang telah menghidup dan membesarkan isteri dan anak-anak.
“Ya Allah, jika ada rezekiku yang haram, Kau sucikanlah. Ya Allah, aku manusia lemah, fakir lagi tidak terdaya. Kami bergantung kepada Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah”.
Gaji dan bonus terakhir ini hanya secalit daripada jumlah pendapatan yang diberi oleh Allah SWT melalui UiTM. “Kami bersyukur di atas segala nikmat yang telah diberi oleh Mu ya Allah”.