Sejarah

Mengikut cerita orang – orang lama bahawa kampung ini pada masa dahulu diteroka dan didiami oleh sekumpulan oarng yang berhijrah dari luar Terengganu.
 Pada masa itu dikampung ini terdapat banyak pokok Tepus, (seperti pokok Kantan) tumbuh berkeliaran .

 Bermula dari situlah mereka menamakan tempat ini sempena nama pokok tersebut iaitu Kampung Tepus.

 Pada masa ini masih terdapat pokok tersebut yang tumbuh kebanyakanya ditepi sungai dan kawasan yang berair.
 Pokok ini terdapat pelbagai jenis, dimana buahnya boleh dimakan.




SEJARAH PENUBUHAN

Sekolah Kebangsaan Tepus (SKT) dibuka pada tanggal 02 Februari 1956. Merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM) gred B dan salah sebuah sekolah kategori pendalaman di Daerah Dungun Luas kawasan sekolah ialah 5 ekar di atas tanah Lot 1841, anugerah Kerajaan Negeri. Sekolah Kebangsaan Tepus terletak di kawasan pedalaman daerah Dungun. Jaraknya dengan Bandar Dungun kira-kira 50 kilometer dan 90 kilometer ke Kuala Terengganu. Kampung Tepus merupakan sebuah perkampungan tradisi. Keseluruhan penduduk tinggal berjajar di tepi sungai. Sungai Dungun merupakan jalan pengangkutan utama bagi penduduk di sini pada tahun sebelum 70an lagi. Jalan raya telah dibina pada akhir tahun 70an tetapi keadaan kampung masih terpisah dengan jalan raya oleh sungai Dungun. Perahu digunakan pada masa itu sebagai jambatan penghubung. Sehingga Jun 1988 terbinalah jambatan kayu untuk kemudahan penduduk berhubung dengan dunia luar. Malangnya saban tahun jambatan itu terpaksa dibaiki kerana rosak akibat banjir yang melanda. Pada tahun 1998, barulah jambatan kekal siap dibina untuk laluan dan kemudahan bagi penduduk Kampung Tepus dan Minda Talong. Keseluruhan penduduk di sini terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam. Jumlahnya dianggarkan 200 orang. Pekerjaan utama mereka ialah petani. Pendapatan bulanan setiap keluarga dibawah paras RM400.00 sebulan. Kegiatan Ko-Kurikulum tidak dapat berjalan dengan sepenuhnya kerana ketiadaan murid tahap 2 ( Tahun 5 & 6) Pengajaran & pembelajaran hanya Tahun1,2,3 & 4 sahaja. Tahun 4 secara rasminya telah dibuka pada tahun 2007 ini. Sebelum ini kesemua murid tahap 2 meneruskan persekolahan mereka di Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal (Asrama Kelompok) bermula tahun 1984. Mulai tahun 1999 kebanyakan murid-murid tahun 4 meneruskan persekolahan mereka di Sekolah Kebangsaan Dendang, jaraknya lebih kurang 12 kilometer dengan menaiki van.