Tahniah SK Tepus

 Tahniah SK Tepus!
Alhamdulillah pada tahun ini SK Tepus telah dianugerahkan PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Diharapkan semoga seluruh warga SK Tepus akan terus berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan.


Program Prihatin Yang Berhormat(PPYB) siri 3/2013

 Program prihatin Yang Berhormat diteruskan lagi pada tahun ini dengan penyampaian sumbangan kepada murid-murid Tahun Enam SK Tepus berupa suplemen Minda Aktif oleh Yang Berhormat Dato' Haji Din bin Adam ADUN Bukit Besi  . Diharapkan agar usaha yang kecil ini dapat memberi semangat kepada murid-murid untuk terus berusaha. Beliau menaruh harapan yang tinggi terhadap pencapaian murid-murid UPSR tahun 2013 .TERIMA KASIH YB DATO'.




TEMU MURNI UPSR 2013 KALI PERTAMA

15/02/2012 Jumaat- Satu perjumpaan bersama ibu dan bapa pelajar UPSR SK Tepus telah diadakan pada pagi ini. Perjumpaan bertujuan untuk menganalisis segala kekuatan dan kekurangan yang perlu ditambah baik sebagai persediaan murid-murid UPSR tahun 2013. Majlis telah dihadiri oleh semua ibu bapa murid-murid UPSR dan juga guru-guru matapelajaran.