Sejuta Kenangan buat Cikgu Suryati Abdullah

Pada tanggal 1 Februari 2012 adalah hari terakhir buat warga SK Tepus untuk melihat kelibat cikgu paling menawan yang telah memenangi Anugerah Guru Paling Cantik melalui undian murid pada Majlis Hari Guru  tahun 2011.Beliau akan berpindah ke SK Telaga Hulu Terengganu setelah hampir 3 tahun menabur bakti disini.Kehilangan beliau amatlah dirasai oleh semua para guru dan murid khususnya kerana beliau merupakan seorang guru yang ramah,lemah-lembut, sopan-santun, baik hati serta berdedikasi. Beliau juga memberikan keazaman yang tinggi sebagai guru dalam mencurahkan ilmu dan baktinya terhadap SK Tepus.Ini dapat dilihat apabila beliau sanggup berulang-alik sejauh 80KM atau lebih 1 jam pejalanan dari rumahnya yang terletak di Kg Pulau Rusa Kuala Terengganu ke sekolah.


Banyak jasa dan sumbangan yang telah beliau curahkan sepanjang perkhidmatannya di sini.Beliau juga amat mengambil berat perihal murid-muridnya. selain itu, beliau juga banyak membantu dalam menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran murid. Terima kasih kami ucapkan atas jasa-jasa yang telah beliau curahkan kami warga sekolah di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu SURYATI serta memohon kemaafan  sekiranya  ada melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tidak sengaja.Jangan lupakan kenangan suka duka kita bersama di sini ya...;)
Teruskan khidmat baktimu di sekolah baru demi mendidik anak bangsa untuk berjaya.

No comments:

Post a Comment