Mesyuarat Agong PIBG 2012

 SK Tepus- 28 Mac, Sekolah Kebangsaan Tepus telah mengadakan mesyuarat agung PIBG kali ke 18 untuk sesi persekolahan tahun 2012. majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang itu dihadiri oleh 50 orang guru dan ibubapa. Ia dirasmikan oleh En Saharudin bin Abdul Halim iaitu Pegawai Khas Kepada Pengarah Urusan Wahaba Wangin Sdn Bhd. Ia menjadi sejarah bagi sekolah kerana ia pertama kali pihak pengurusan tertinggi Syarikat Wahaba Wangin datang ke sekolah ini. En Saharudin juga telah mengumumkan bantuan sebanyak RM 1000 kepada sekolah semasa beliau merasmikan Mesyuarat tersebut. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas pemberian ini. ia sedikit sebanyak membantu pihak pengurusan sekolah untuk memajukan prestasi sekolah..

Tetamu dihidangkan dengan persembahan silat murid tahun 1

antara ibubapa yang hadir

ucapan oleh Guru besar

ucapan oleh pengerusi PIBG En Ismail 

ucapan persamian oleh En Saharudin Abd Halim 
Barisan PIBG sedang berbincang

acara cabutan bertuah juga diadakan

Lawatan Muhibbah Ke SK Dusun, Hulu Terengganu

Kampung Dusun, Hulu Terengganu- 26 Mac, Satu lawatan muhibbah ke salah sebuah sekolah  kluster di Hulu Terengganu telah diadakan oleh Guru Besar, PK Ko dan EIO. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenali dengan lebih dekat kejayaan yang telah dicapai oleh Sekolah Kebangsaan Dusun ini dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Kejayaan sekolah ini terbukti apabila ia menjadi salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011. Jika dilihat secara kasarnya, bentuk fizikal sekolah dengan bilangan murid serta guru adalah hampir sama dengan SK Tepus. Persoalanya, bagaimana pentadbiran sekolah memainkan peranan dalam melonjakkan sekolah ini hingga ke peringkat negara..

Guru Besar SK Dusun

Bagunan sekolah
sesi temuramah dan tinjauan

antara kejayaan SK Dusun yang dipamerkan


Majlis Penyerahan eBook Tahun 4 DUN Bukit Besi 2012


Didahului oleh Guru Besar

Penerima Danial Haikal

Penerima Daniel Aqim

Penerima Haziq Farhan

Penerima Firdaus

Penerima Hanis Nasyrah

Penerima Umie Suriana


Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu peringkat PKG

Pasir Raja, Dungun - 22 Mac 2012, satu pesta untuk memertabatkan bahasa melayu berlangsung di SK Pasir Raja Dungun dengan penuh meriah. Ia disertai oleh semua sekolah rendah dalam PKG Bukit Besi..aktiviti yang diadakan seperti pantun, deklamasi sajak. bercerita, berpidato dan menulis esei...

SK Tepus menhantar wakil peserta dalam pertandingan bercerita untuk kategori tahap 1 dan 2...
Adik Nur Haifa Nabila Tahun 3

Adik Nur Amirah Ilyana Tahun 6

SK Tepus layak dicalonkan sebagai salah sekolah berprestasi tinggi (SBT)



Urusetia SBT JPN Terengganu akan mengadakan khidmat bimbingan nanti bagaimana menyediakan dokumen-dokumen untuk verifikasi Panel Penilai SBT. Sekolah-sekolah Band 1, negeri Terengganu yang DIWAJIBKAN mengisi pencalonan SBT secara online adalah sebagaimana berikut:

SK Tepus, Dungun, Terengganu
SK Dusun, Hulu Terengganu
SK Kuala Berang, Hulu Terengganu
SK Seri Berang, Hulu Terengganu
SK Tok Randok, Hulu Terengganu
SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu
SK Tapu, Hulu Terengganu
SK Kemat, Hulu Terengganu
SK Langgar, Hulu Terengganu
SK Teris, Hulu Terengganu
SK Bukit Tadok, Hulu Terengganu
SK Kampung Baru,Tok Dor, Besut
SK Tengku Mahmud 2, Besut
SK Amer, Besut
SK Tok Dor, Besut
SK Padang Landak, Besut
SK Bari (Sungai Tong), Setiu
SK  Sungai Las, Setiu
SK Lembah Jaya, Setiu
SK Mangkok, Setiu
SK Kampung Fikri, Sungai Tong, Setiu
SK Maktab Perguruan, Kuala Terengganu
SK Jenang, Marang
SK Rantau Petronas, Kemaman
SK Kampung Chabang, Kemaman

* panduan pencalonan dan persedian SBT klik disini

Tahniah..SK Tepus Menerima Tawaran Baru 2011

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK TEPUS...

di atas penerimaan

Tawaran baru (New Deals) 2011 







Kira-kira 14,000 warga pendidik peringkat sekolah rendah menerima manfaat daripada Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) bagi tahun kedua semalam, sejak ia diperkenalkan kepada pengetua dan guru besar di bawah sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan pada 2010.
BITB bernilai hampir RM15 juta itu diagihkan kepada 403 sekolah sekolah rendah di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 300 adalah Sekolah Kebangsaan (SK), 43 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 51 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), lima Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sebuah Sekolah Orang Asli.
Majlis penganugerahan Tawaran Baru Guru Besar (TBGB) 2011 itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bahagian Teknologi Pendidikan, di sini, semalam. Di bawah tawaran itu, setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, manakala lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan bakinya RM900 seorang. Selain itu, kakitangan sokongan layak menerima RM500 seorang.
 
PERLAKSANAAN BITB
Tawaran Baru dilaksanakan menerusi langkah menyenaraikan kedudukan sekolah berdasarkan kombinasi pencapaian sekolah dalam Gred Purata Sekolah dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai Skor Komposit Sekolah. Pengetua dan guru besar yang melepasi sasaran ditetapkan, akan dikenal pasti oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) untuk dilaksanakan verifikasi. Selepas disahkan pengetua dan guru besar serta memenuhi syarat, mereka boleh dipertimbangkan untuk pemberian BITB. – BH