Lembaran Baru 2012- GEMILANG 2012

Kg Tepus- 3 Januari, sesi persekolahan 2012 telah bermula. semua guru, kakitangan dan murid sangat gembira melangkah ke sekolah setelah hampir 2 bulan bercuti. mungkin begitu banyak pengalaman dan  aktiviti masing-masing semasa tempoh bercuti ini. ia akan dijadikan kenangan manis dan akan dikongsikan bersama. Dengan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2011, sekolah kebangsan tepus  begitu agresif untuk meletakkan sasaran tahun 2012 untuk mencapai kegemilangan dengan tekad gemilang 2012.


Pada tahun ini, bilangan guru, kakitangan tidak berubah, masih dikekalkan bilangannya dengan Guru (12 orang), Pembantu Tadbir (1 orang), Pegawai Teknologi Maklumat ebook (1 orang). Pekerja Swasta (4 orang) dan Pengawal Keselamatan (3 orang). Tenaga yang ada ini akan terus digunapakai untuk memantapkan lagi pencapaian akademik murid dan kejayaaan sekolah diperingkat daerah amnya dan negeri khususnya.


Pihak sekolah juga ingin mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada pelajar UPSR 2011 yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri, ada diantara mereka berjaya dipilih ke sekolah berasrama penuh. semoga mereka akan terus cemerlang pada masa akan datang,


Dengan melangkah keluar murid tahun 6 2011, sekolah menerima lagi 5 orang murid tahun 1 dan 3 orang murid baru yang berpindah dari negeri kelantan. bilangan murid tahun ini masih kekal 41 orang dengan murid lelaki 24 orang dan 17 murid perempuan

Anugerah Pengarah Pelajaran




cuti akhir persekolahan 2011




keputusan UPSR 2011

TAHNIAH...TAHNIAH..TAHNIAH..SK TEPUS TERBAIK

Majlis Anugerah Pendidikan Sekolah 2011

 




Majlis penerimaan ebook tahun 4 dun bukit besi 2011

Bukit Besi- 20 oktober 2011, Majlis penyerahan ebook murid tahun 4 2011 telah berjaya dilangsungkan di sekolah menengah kebangsaan jerangau dan dirasmikan oleh YB DUN kawasan Bukit Besi, Dato' Haji Din Bin Adam...seramai 458 murid tahun 4 sekolah-sekolah bukit besi layak menerima pemberian percuma oleh kerajaan negeri ini selaras dngan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan semua sekolah dalam negeri terengganu mempraktikan sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya (virtual class).

Bagi sekolah kebangsaaan tepus, seramai 12 orang murid layak menerima ebook ini hadir. diharapkan dengan pemberian ini murid-murid akan terus meningkatkan prestasi mereka dalam bidang akademik dan selanjutnya berkemahiran dalam dunia ICT...



Lawatan Bermaklumat Ke Kuala Lumpur

selamat meduduki peperiksaan UPSR 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2011 BUAT :
 MIRUL
MUKMIN
MUSTAQIM
BOY
SHAHRUL
AINA
EDZA
ZAHIRAH
13 SEPTEMBER - 15 SEPTEMBER PASTINYA MENJANJIKAN KENANGAN MANIS


Sambutan Hari raya Peringkat sekolah 2011





Pada 8 September lalu, sekolah berjaya menganjurkan sambutan hari raya aidilfiti dengan meriahnya...semua guru, kakitangan sekolah, murid, ibu bapa dan orang kampung hadir untuk memeriahkan lagi majlis. majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tuan PPD baru untuk melihat sendiri sekolah kebangsaan tepus dan memberi kata-kata perangsang kepada murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSr tidak lama Lagi..Pelabgaia acara telah dirancang untuk menjadikan majlis lebih bermakna dan keseronokan jelas terpapar dikalangan mereka yang hadir...semoga kita berjumpa lagi tahun hadapan dengan lebih meriah

Salam Merdeka Raya 2011/1432H


PERUTUSAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN OLEH
YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
28 OGOS 2011
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Aidilfitri serta Salam Kemerdekaan,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
1. Pertamanya, segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Maka, dengan tibanya fajar Syawal yang mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.
2. Pada tahun ini, ditaqdirkan sesuatu yang bitara dan unik, sebagai rakyat Malaysia kita bertuah dapat menyambut gema Aidilfitri berselang sehari dengan ulangtahun sambutan kemerdekaan negara yang ke lima puluh empat. Kedua-dua perayaan ini mempunyai signifikan begitu besar kepada negara yang mempunyai kemajmukan amat kompleks seperti Malaysia di mana bukan sahaja wujud perbezaan daripada segi etnik tetapi juga teranyam indah dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan taraf sosioekonomi.
3. Pucuk pangkalnya, rakyat Malaysia yang berlainan agama, anutan dan kepercayaan mempunyai banyak sebab untuk bersyukur dan berterima kasih. Hakikat bahawa, Malaysia telah dan sedang dirahmati nikmat keamanan juga kemakmuran tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak. Jelas sekali, kita ibarat sebuah oasis di tengah-tengah dunia berkecamuk sedang dilanda badai politik dan kegoncangan ekonomi yang bertali arus.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
4. Hari ini, seperti yang kita maklum, ketika gergasi ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan juga beberapa negara anggota Kesatuan Eropah yang dikelompokkan sebagai ekonomi maju sedang bergelut dengan krisis kewangan serius sehingga memerlukan penyelamatan atau “bailout”, sebaliknya, Malaysia hasil pengurusan yang berhemah serta cekap, masih mampu bukan sahaja untuk mengembangkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan baru tetapi juga untuk memberikan setengah bulan bonus kepada satu perpuluhan empat juta kakitangan awam yang menelan belanja dua bilion ringgit menjelang sambutan istimewa perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.
5. Sungguhpun yang demikian, kita tidak boleh sekali-kali terbuai dan berpuas hati dengan ehwal kejayaan tersebut. Untuk itu, sepanjang tempoh dua tahun yang lepas, pancang-pancang telah dipasak oleh kerajaan bagi memastikan penciptaan kekayaan baru, pertumbuhan ekonomi berterusan dan penciptaan pekerjaan berganjaran tinggi selaras dengan kemahiran yang semakin meningkat. Apa yang diimpikan adalah sebuah negara yang makmur dan sejahtera dimana setiap individu sanggup bekerja keras, meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam menggunakan segala peluang dengan bijak agar dapat mencorak sebuah kehidupan bahagia berkelangsungan hingga cucu cicit kita kelak.
6. Peri pentingnya, setiap seorang daripada kita hendaklah mengetahui bahawa, matlamat tertinggi kerajaan adalah untuk mendahulukan kebajikan seluruh rakyat, sebagai suatu urutan keutamaan yang telah menjadi wawasan nasional semenjak negara mencapai kemerdekaan. Dari itu, sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat, lagi prihatin terhadap kegundahan serta resah gelisah warganya dan memahami kebimbangan mereka, kita sedar tentang fenomena kos kehidupan semakin meningkat sekaligus kita maklum terhadap harga bahan makanan yang semakin naik. Lantaran itu, kerajaan telah dan akan terus mengambil tindakan memperbaiki dan memperelok keadaan ini secara berperingkat serta menyeluruh demi kepentingan rakyat.
7. Pokoknya di sini, sekalipun fenomena kenaikan harga bahan makanan bersifat global, namun sebagai kerajaan bertanggungjawab kita tidak akan berpaling daripada menghadapi sebarang cabaran. Misalannya, sebagai langkah awal kita telah menjadikan matlamat menangani kos kehidupan yang semakin meningkat sebagai satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA yang terbaru. Satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang juga telah ditubuhkan dengan dipengerusikan sendiri oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri. Sememangnya, langkah-langkah ini membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan program yang bakal digubal serta dilaksanakan akan benar-benar mampu membantu rakyat.
8. Selain daripada itu, kerajaan akan meneruskan dasar memberi subsidi secara langsung atau tidak langsung. Ini terutamanya, subsidi bahan makanan yang terpilih seperti beras, minyak masak, tepung gandum dan gula. Begitu juga bahan bakar seperti Petrol RON95, Diesel dan LPG serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Akan tetapi, kita berhasrat melakukannya dengan lebih cermat dan bijaksana tanpa menjejaskan kesihatan fiskal negara dengan mendukung prinsip bahawa mereka yang lebih memerlukan dan berkelayakan akan didahului serta diutamakan.
9. Sehubungan itu, baru-baru ini saya telah mengumumkan beberapa inisiatif awal bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung. Antaranya, Kedai Rakyat 1Malaysia di mana barang-barang keperluan berjenama 1Malaysia mampu dibeli dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran. Di Klinik-Klinik 1Malaysia pula rawatan asas boleh diperolehi dengan bayaran seringgit dan yang mutakhir melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau singkatannya KAR1SMA sejumlah 1.4 Bilion akan diperuntukan kepada lima ratus ribu warga emas, orang kelainan upaya, ibu tunggal serta balu polis atau tentera yang berkelayakan.
10. Sesungguhnya, usaha kerajaan tidak terhenti sekadar itu sahaja. Selanjutnya, insyaAllah melalui Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada awal Oktober nanti, saya akan mengumumkan pula langkah-langkah susulan bersifat lebih komprehensif bagi menangani masalah yang memberi kesan kepada isi keluarga yang berpendapatan rendah dan pertengahan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
11. Dalam syiar meriahnya perayaan dan besarnya jiwa kemerdekaan, saya menyeru kepada semua agar tidak sekali-kali melupakan pengorbanan, darah, keringat dan air mata bapa-bapa kita para pejuang kemerdekaan negara serta anggota pasukan keselamatan negara dari dahulu hingga sekarang. Beringatlah yakni semuanya tidak terjelma dengan berwenang-wenang ataupun kekal lestari jika bahtera keramat kemerdekaan Malaysia tercinta ini terbiar hanyut tidak dikemudi dengan tulus, tidak dihargai dan musnah tanpa dipelihara. Oleh yang demikian, kita dengan ini menolak dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang pernyataan dan usaha oleh mana-mana pihak yang ingin mempersenda atau memperlekeh pengorbanan mulia para wirawan dan wirawati negara serta keluarga mereka. Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional.
12. Jadi, di atas segala-galanya, bagi memastikan apa yang terlimpah dan tercurah ke atas kita dan bumi Malaysia kekal berkesinambungan, maka perpaduan nasional perlu terus dibajai dan diperkukuhkan. Mudah-mudahan jua atas keinsafan ini makin tersepuh dan menebal semangat patriotisme dan kecintaan yang kukuh kepada pertiwi di setiap nubari kita.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
13. Bertolak dari situ, pada hemah saya, dua sambutan yang bersesekali ini sewajarnya membawa permaknaan dan pengertian yang mendalam tentang betapa besarnya kurniaan Ilahi kepada Malaysia yang makmur, bebas dari sebarang ketakutan dan kebimbangan terhadap keselamatan sama ada keselamatan diri kita mahupun keluarga disamping dapat meraikan hari-hari kebesaran sebegini dalam keadaan kecukupan dan kelimpahan.
14. Kata orang dulu-dulu, sempena hari baik bulan baik ditambah pula hembusan Merdeka, kita buanglah yang keruh, kita ambillah yang jernih. Di musim perayaan ini, marilah kita bersatu sebagai sebuah keluarga besar Malaysia supaya dapat menjadi contoh kerukunan hidup kepada seantero dunia.
15. Lantas, sempena bulan yang mulia dan semangat sambutan Hari Kebangsaan ini, ayuhlah kita terus menyemarakkan tradisi murni kunjung mengunjung dan mengadakan rumah terbuka. Seperti yang sering dinyatakan, bukalah pintu rumah dan pintu hati seluasnya dengan menjemput rakan-rakan berlainan kaum, kepercayaan dan agama ke rumah masing-masing. Di sinilah tergubah dan terlukisnya sebuah citra Malaysia yang kita damba-dambakan.
16. Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, isteri, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Turut dihulurkan salam istimewa Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia dimana jua Tuan-Tuan dan Puan-Puan berada. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah hil Hamd.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    |


    SALAM RAMADHAN

    Ramadan Mubarak
    SALAM RAMADAN KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH. SEMOGA KEBERKATAN BULAN INI MEMBAWA KEJAYAAN PADA SEKOLAH

    Percubaan UPSR 2011 CEMERLANG

    DUNGUN: 31 julai, SK Tepus sekali lagi mencipta keputusan peperiksaan OTI 4 (percubaan) yang memberangsangkan. seramai 3 orang pelajar berjaya memperolehi keputusan 5A. pelajar berkenaan adalah:
    1. Muhammad Syamirul Azran bin mohd Alias
    2. Nur Edza Fauziha bt Ismail
    3. Nur Aina Amirah Bt Mohd Yusof

    manakala pelajar lain juga menunjukan prestasi yang meningkat dimana seorang mendapat 2A 3B, seorang mendapat 5A, 2 orang mendapat 1A 3B 1C dan seorang mendapat 1A 1B 3C. dengan keputusan itu, sk tepus masih mencapai minimum c 100% dan Gres Purata sekolah meningkat kepada 1.63.

    Semoga ia terus dipertingkatkan pada peperiksaan sebenar september ini..tahniah!!!

    Perjumpaan Dengan Ketua Sektor Pengurusan Akademik

    pada 25 julai lalu, pihak sekolah telah dipelawa oleh ketua sektor pengurusan akademik jabatan pelajaran negeri terengganu ke Pejabatnya di kuala terengganu untuk memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada murid upsr 2011


    Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR 2011

    pada 21-23 Julai lalu, sekolah kebangsaan tepus telah mengadakan satu kem khas untuk murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan upsr pada tahun ini.seramai 8 orang pelajar upsr terlibat. pelbagai aktiviti dirancang untuk melancarkan kem kali ini disamping modul pembelajaran didalam kelas. murid melaporkan diri pada jam 3 petang. kemudian murid-murid diarahkan memasangkan khemah sebanyak 3 buah, 1 untuk perempuan dan 2 untuk lelaki. manakala penginapan guru adalah didalam bilik ict dan english lab. setelah khemah didirikan, murid-murid diberi taklimat ringkas oleh cg khairi dan cg hadi.selepas makan malam, semua murid dan guru ke surau sekolah untuk solat magrib


    Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011


    Pada 2 Julai 2011, dengan menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan atlit sukan yang berjaya pada masa akan datang, satu dasar 1 murid 1 sukan telah dilancarkan serentak diseluruh negara di semua sekolah yang bermula 7.45 pagi. bagi tujuan itu, SK Tepus telah berjaya menjayakannya dengan sambutan 100 peratus kehadiran semua 41 orang murid, semua guru dan kakitangan serta penduduk kampung Tepus bermula jam 7 pagi lagi. Acara larian di mulakan(flag off) tepat jam 7.45 pagi dengan jarak laluan sejauh 2KM mengelilingi sekitar kampung yang dilepaskan oleh Pengerusi JKKK kampung Tepus ,En Yusof.
    Larian ini bukan sahaja disertai oleh murid tetapi semua yang hadir termasuk guru-guru dan penduduk kampung yang turut hadir memeriahkan acara yang julung-julug kalinya diadakan pada tahun ini. larian ini berakhir pada jam 8.30pagi setelah semua peserta larian selamat sampai di garisan penamat.
    selepas itu, acara diteruskan dengan permainan tradisional iaitu galah panjang yang mana murid dipecahkan kepada 4 kumpulan, kemudian untuk melaksanakan sukan, SK Tepus memilih permainan sepak takraw sebagai sukan utama di sekolah ini. semua murid lelaki dikehendaki bermain dan guru-guru serta ibubapa juga terlibat sama dalam permainan ini..
    pada jam 11 pagi, selesailah sudah semua acara yang dirancang dan seterusnya majlis diserikan lagi dengan ucapan dari Pengerusi JKKK, pengerusi PIBG dan Guru Besar...Majlis juga berbesar hati untuk menjemput Pengerusi JKKK untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada peserta larian 1M 1S 1M...
    Majlis diakhiri dengan jamuan makan di kantin sekolah dan majlis bersurai pada jam 12.30tengahhari...






    Sambutan Isra' Mikraj 2011


    29 JUN - Satu Majlis Sambutan Israk Mikraj telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tepus hari ini. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Tarmizi. Penceramah jemputan pada kali ini adalah Ustaz Haji Ismazi bin Ismail dari SK Minda Talong


    Sebelum itu, majlis tersebut diserikan dengan tayangan Video Khas yang dipimpin oleh Ustaz Tarmizi. yang merupakan kisah-kisah yang berkaitan perjuangan Nabi dan Rasul Serta Rahsia di sebalik A-Quran. dalam masa yang sama peristiwa-peristiwa sepanjang isra' mikraj Rasulullah S.A.W


    Majlis yang bermula 9.00 pagi berakhir pada 12.30 tengah hari. SK Tepus mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Haji Ismazi bin Ismail kerana sudi menerima jemputan SK Tepus. Tidak dilupakan juga kepada Ahlijawatankuasa kerja Majlis Sambutan Israk Mikraj 1432H ini. Mudah-mudahan dengan usaha dari pihak tuan-tuan sekali mencambahkan lagi ilmu agama dalam diri murid-murid SK Tepus seterusnya menjadi insan yang beriman dan beramal soleh.
     

    Program 1MURID 1 SUKAN 2011

    LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TEPUS

    TARIKH : 2 JULAI 2011

    MASA LARIAN SERENTAK BERMULA : 7.45PAGI

    JARAK LARIAN IALAH SEKURANG-KURANGNYA 1.5KM


    Pencapaian Keputusan OTI 2 2011






     
    klik pada gambar untuk besarkan