Verifikasi Kewangan SK Tepus



Tanggal 15 Oktober 2012, Pihak sekolah telah menerima kunjungan seorang Pegawai dari Unit Akaun & Kewangan,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Beliau ialah En. Mohd Rusaimi bin Jusoh . Tujuan kedatangan beliau ke sekolah adalah untuk menilai
pengurusan kewangan sekolah, kerana Sekolah Kebaangsaan Tepus telah dicalonkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Dungun  ke peringkat negeri Terengganu sempena Karnival Pendidikan tahun 2012. Kerjasama yang diberikan oleh beliau semasa pemantauan pengurusan kewangan sekolah amat membanggakan. Beliau telah menilai keseluruhan hal-hal berkait dengan  pengurusan sekolah. InsyaAllah kami warga sekolah berdoa kehadrat Allah SWT agar sekolah Kebangsaan Tepus akan dinobatkan sebagai pemenang peringkat sekolah rendah bahagian pengurusan kewangan terbaik semasa karnival pendidikan nanti. Pada tahun 2011, Sekolah Kebangsaan Tepus telah meraih 4 anugerah peringkat negeri semasa  karnival pendidikan tahun 2011 yang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Kemaman. Tahun ini kita cuba mengekalkan  kecemerlangan dalam pelbagai aspek pendidikan. Kunci utama kejayaan kecemerlangan pendidikan di sekolah semata-mata berkat 'kerja sepasukan' yang diamalkan selama ini. Sama-samalah kita sebagai warga sekolah menunggu keputusan dengan penuh harapan.    


No comments:

Post a Comment