Lawatan Kerja Pegawai PPD yang baru

Rabu- 4 Mac 2012...Sekolah Kebangsaan Tepus telah dilawati oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah yang baru iaitu En Awang bin Ibrahim kira-kira pukul 12.30 tengahari. Beliau Bersama isteri dan En Suaidi terlebih dahulu diberi penerangan oleh Guru Besar tentang latar belakang sekolah dan kejayaan yang telah dicapai serta perancangan sekolah pada masa akan datang. Kemudian beliau dibawa meninjau sekitar kawasan sekolah sebelum ke kantin untuk jamuan. Beliau amat mengagumi sistem pengurusan sekolah dalam melahirkan kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik. Selain itu beliau berharap  agar sekolah ini meneruskan kecemerlangannya..Tuan Pegawai PPD menamatkan lawatanya  pada jam 3.30 petang. Kami Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang ke Sekolah Kebangsaan Tepus
Tuan Pegawai PPD (En Awang bin Ibrahim)

Guru Besar Sedang memberi taklimat

Semua guru juga ada bersama-sama 

No comments:

Post a Comment