Sambutan Maulidur Rasul 1433H

            Pada 13 februari 2012 bersamaan 20 RabiulAwal 1433 Hijrah di dataran Kejat dengan bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah satu majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan buat julung-julung kalinya dalam lipatan sejarah sekolah. Semenjak penubuhannya pada tahun 1956, belum pernah ada majlis sambutan seperti ini dan ini diserikan lagi dengan perarakan mengelilingi kawasan kampung oleh semua guru, murid dan PIBG . Pelbagai aktiviti dijalankan sempena sambutan ini . Sambutan bermula pada jam 8.00 pagi dengan ucapan guru besar dan taklimat oleh Ust Tarmizi dan seterusnya perarakan sepanduk sambil membaca selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W oleh semua murid dan guru yang diketuai oleh guru besar SK Tepus, En Azmi bin A.Bakar.
Bergambar dengan YB Dato' Din Bin Adam
Ustazah Fajrina dengan Murid tahun satu bersedia untuk berarak
perarakan mengelilingan kampung sejauh 1.5KM


Pelbagai Aktiviti yang dijalankan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tahun ini seperti.

1.Pertandingan mewarna tema sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahap 1.

2.Pertandingan Menulis tulisan khat tahap 2.
3.Bacaan Alquran.
4.Persembahan nasyid.
5.Tayangan video kisah Nabi Muhammad S.A.W
6.Perarakan disekitar kampung.
7.pertandingan sepanduk.
8.Selawat Nabi.


Murid-murid sedang bertanding dalam tulisan khat dan mewarna

Penyampaian Hadiah oleh Guru Besar

Sepanduk Terbaik tahap 2 untuk tahun 6

Sambutan berakhir pada pukul 12.30tengahari

No comments:

Post a Comment