KEM KECEMERLANGAN UPSR DI VETERINAR

Pada 9 jun - 11 jun lalu, iaitu minggu terakhir cuti pertengah tahun, seramai 8 murid UPSR SK Tepus telah terpilih untuk mengikuti kem kecemerlangan upsr yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Veterinar di cermin Kiri, Jerangau. Kem yang diadakan selama 3 hari ini juga melibatkan penyertaan 5 buah sekolah sekitar Dun Bukit Besi. Diantara sekolahnya adalah SK Ladang Gajah Mati, SK Minda Talong, SK Dendang dan SK Kuala Jengal. Aktiviti-aktiviti di Kem ini lebih tertumpu kepada bidang akademik dan pengajaran 5 subjek penting UPSR. Semua guru-guru pakar dari setiap sekolah telah ditugaskan untuk mengajar di kem ini, dengan kemudahan asrama, surau, pdang permainan, kantin, ianya pasti memberi semangat untuk pelajar ini terus mencipta kejayaan UPSR 2011. Insya Allah


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Gambar 5

No comments:

Post a Comment