Selamat Kembali ke sekolah Warga SK TEPUS

Assalamualaikum..

Setelah kita bercuti selama dua bulan sempena Cuti akhir tahun dan macam-macam cuti, maka pada Isnin ini 3 januari 2011 kita semua warga Sk Tepus kembali ke sekolah. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan kakitangan serta selamat kembali belajar kepada semua murid. Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat tahun baru (kalender mat salleh) kepada semua warga sekolah.

Kepada semua murid, sesungguhnya belajar adalah tugas anda dan tanggungjawab anda. Sekiranya tugas guru mengajar, tugas ibu bapa anda mencari nafkah (bekerja), maka tugas anda hanyalah belajar. Belajar adalah satu proses untuk melahirkan seorang insan yang terdidik bagi memastikan anda menjadi individu yang mempunyai keseimbangan sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan modal JERI itulah nanti yang akan menjadikan anda sebagai insan yang bermodal, dan seterusnya menjadi pewaris kepada kesinambungan kemakmuran negara.

selamat mengajar dan belajar,

"BUKAN SEKADAR SEKOLAH BIASA"

No comments:

Post a Comment