Tahniah SK Tepus

 Tahniah SK Tepus!
Alhamdulillah pada tahun ini SK Tepus telah dianugerahkan PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Diharapkan semoga seluruh warga SK Tepus akan terus berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan.


Program Prihatin Yang Berhormat(PPYB) siri 3/2013

 Program prihatin Yang Berhormat diteruskan lagi pada tahun ini dengan penyampaian sumbangan kepada murid-murid Tahun Enam SK Tepus berupa suplemen Minda Aktif oleh Yang Berhormat Dato' Haji Din bin Adam ADUN Bukit Besi  . Diharapkan agar usaha yang kecil ini dapat memberi semangat kepada murid-murid untuk terus berusaha. Beliau menaruh harapan yang tinggi terhadap pencapaian murid-murid UPSR tahun 2013 .TERIMA KASIH YB DATO'.




TEMU MURNI UPSR 2013 KALI PERTAMA

15/02/2012 Jumaat- Satu perjumpaan bersama ibu dan bapa pelajar UPSR SK Tepus telah diadakan pada pagi ini. Perjumpaan bertujuan untuk menganalisis segala kekuatan dan kekurangan yang perlu ditambah baik sebagai persediaan murid-murid UPSR tahun 2013. Majlis telah dihadiri oleh semua ibu bapa murid-murid UPSR dan juga guru-guru matapelajaran.






Sambutan Maulidur Rasul SK Tepus 2013










Lawatan Pegawai Unit Penyeliaan Sekolah Rendah JPNT

Lawatan Pegawai Unit Penyeliaan Sekolah Rendah JPNT yang terdiri daripada En. Kamal Bin Abdullah (Penolong Pengarah Pengurusan Guru Sekolah Rendah) dan En.Mat Lin Bin Mohd Noor (Penolong Pengarah Data & ABM Sekolah Rendah) berkaitan pemantauan sekolah pada 29 Januari 2013.


salam maulidur rasul







Seorang wanita datang kepada Hasan Al-Basri ra seraya berkata, “ Sesungguhnya aku punya anak gadis yang telah meninggal dunia. Aku ingin agar aku bermimpi berjumpa denganya.”Kemudian Hasan mengajarinya dengan sesuatu. Maka wanita itu lalu bermimpi melihat anak gadisnya memakai aspal. Di lehernya ada rantai membelenggu. Serta kakinya pun diikat. Kemudian dia merasa sedih dan menceritakan kepada Hasan. Setelah beberapa lama, Hasan bertemu dengan gadis itu disyurga. Dikepalanya memakai mahkota. Gadis itu bertanya, “Wahai Hasan akulah anak gadis yang datang kepadamu dan mengatakan demikian….apakah engkau tidak mengenaliku?”lalu Hasan berkata,”Apakah yang menyebabkan kamu berubah seperti apa yang aku lihat ini?”, gadis itu berkata,”Ada seorang lelaki melalui kami. Dia membaca selawat kepada nabi sekali. Sedang didalam kubur ada lima ratus lima puluh orang yang sedang diseksa.kemudian ada suara berkata,”Wahai angkatlah mereka dari seksaan berkat selawat lelaki itu!”Berkat selawat lelaki itu sekali sahaja mereka diampuni. Oleh itu marilah kita berselawat kepada junjungan besar Nabi supaya beroleh rahmat Allah. Salam Maulidur Rasul .....