Taklimat Fertigasi Dari GM Peladang







Hari Gigi Sihat Selalu





Pertandingan MTQ PKG Bukit Besi 2012






Perjumpaan IbuBapa UPSR 2012


Tepus- 21 Februari, Satu Perjumpaan ibubapa dan pelajar UPSR telah diadakan di bilik mesyuarat sekolah. pada tahun ini seramai 6 orang murid akan mengambil pepriksaan UPSR yang sekaligus akan terus memertabatkan kecemerlangan SK Tepus diperingkat negeri. Perjumpaan selama 1 jam lebih itu dihadiri oleh semua ibubapa, mumrid UPSR dan Guru Tahun 6. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memberi persiapan awal kepada ibubapa dan pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSr yang bakal menjelma bulan september nanti. Selain itu ia memberi motivasi kepada ibubapa supaya dapat memberi tumpuan penuh kepada anak mereka supaya tidak lalai dan terus berusaha untuk mendapat kejayaan yang cemerlang


Kejohanan Sepak Takraw PKG Bukit Besi

Jerangau-22 Februari, Sekolah kebangsaan Tepus telah menghantar seramai 6 orang muird untuk menyertai pertandingan sepak takraw peringkat PKG Bukit Besi. Mereka dibahagikan kepada 2 regu yang terdiri dari murid tahun 5 dan 6..Keyakinan mereka jelas terbayang di wajah kerana ini kali kedua SK Tepus menghantar pasukan sepak takraw dan acara sukan yang menjadi satu-satunya penglibatan  SK Tepus dalam kejohanan atau pertandingan seumpamanya di peringkat PKG kerana masalah kekurangan murid untuk sukan berpasukan..walaupun tewas, pihak sekolah tetap bangga dan berpuas hati dengan peningkatan murid sk tepus dan komitmen yang mereka tunjukkan...syabas...




Takwim aktiviti ko-kurikulum PKG Bukit Besi 2012

Selamat datang cikgu Sabri

NIK SABRI BIN NIK MD SALLEH
SK Tepus - 15 Februari, Sekolah Kebangsaan tepus menerima seorang guru baru bagi menggantikan Cg Suryati yang bertukar ke SK Telaga awal bulan ini. Cikgu Sabri yang sebelum ini bertugas di SK Kuala Jengal mempunyai ikhtisas dalam bidang matematik dan kemahiran hidup. Beliau berumur 33 tahun dan berasal dari Besut Terengganu...selamat bertugas di SK tepus... semoga kedatangan beliau akan meneruskan lagi kecemerlangan sekolah...InsyaAllah...