PROGRAM KE ARAH UPSR 2013 ( PEMAKANAN MINDA FASA KEDUA)
19 Jun 2013. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada jawatankuasa UPSR Sekolah Kebangsaan Tepus kerana telah melaksanakan salah satu aktiviti menjelang UPSR pada September 2013 ini. Kali ini seramai 14 pelajar UPSR telah diberi Pemakanan Minda untuk fasa kedua pula. Pelajar tersebut telah dibekalkan pemakanan minda berjenama Examo yang bernilai RM60.00 bagi setiap pelajar dan diberi PERCUMA. Kos pembiayaan pemakanan minda tersebut telah disumbangan oleh seorang 'hamba Allah' yang begitu cakna untuk melihat kejayaan pelajar-pelajar UPSR SK.Tepus untuk mencipta kecemerlangan UPSR pada tahun 2013 nanti.
Seorang guru telah diberi tanggungjawab untuk memastikan pelajar memakan pemakanan minda ini di sekolah. Beliau ialah Cikgu Azahar bin Salim, guru ICT SK.Tepus yang akan memastikan pelajar tersebut mengambil pemakanan minda secara berkala sebagaimana yang telah ditetapkan. InsyaAllah, kita berusaha dan berikhtiar untuk kecemerlangan pelajar. Yang menentukan adalah Allah SWT. Semoga usaha murni yang dilaksanakan oleh pihak Jawatankuasa UPSR 2013 dan di bantu oleh 'hamba Allah' berkenaan akan mendapat barakah dunia dan akhirat.Amin.

Lawatan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu ke SK Tepus
20 Mei 2013- Pada hari ini Sekolah Kebangsaan Tepus telah di lawati oleh Pengarah Pertanian Negeri Terengganu iaitu Tn. Hj. Md. Yusof bin Maidin bersama para pegawai beliau. Tujuan lawatan tersebut adalah bertujuan untuk melihat sendiri keperluan yang diperlukan oleh SK Tepus dalam menjayakan Program Kelab Usahawan Tani Sekolah (KUTS) yang telah mendapat pengiktirafan nasional. Kerjasama yang strategik antara kedua pihak diharapkan mampu menghasilkan kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan.
SELAMAT
HARI
GURU
TERIMA KASIH
CIKGU...
Guru..
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya, kita terbina,
SELAMAT HARI GURU.. Moga ceria, sukses & dilindungiNYA
GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI , 1 AGENDA.
Sukaneka semperna sambutan Hari Guru SK Tepus
Mesyuarat Kali 1
SEKOLAH
KLUSTER KECEMERLANGAN KE-1/2013
Tarikh : 10 April 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah.
Masa : 2.00 petang
Tarikh : 10 April 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah.
Masa : 2.00 petang
Mesyuarat SKK kali pertama telah diadakan bagi menubuhkan beberapa jawatankuasa pelaksana bagi memudahkan pentadbiran SKK. Para guru juga diberi penerangan oleh guru besar dan juga PT sekolah tentang prosedur yang sepatutnya dilakukan untuk mendapatkan dana SKK yang bernilai RM 250 000.00.Selain itu juga, majlis turut meraikan semua guru dan kakitangan sekolah dan diberi penghargaan atas usaha kerja kuat mereka membantu menaikan nama SK Tepus. Semoga Allah memberi mereka balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka sumbangkan.
Selamat bekerja kuat untuk semua warga SK Tepus.
"Bukan Sekadar Sekolah Biasa"
Subscribe to:
Posts (Atom)