Sambutan Maulidur Rasul SK Tepus 2013










Lawatan Pegawai Unit Penyeliaan Sekolah Rendah JPNT

Lawatan Pegawai Unit Penyeliaan Sekolah Rendah JPNT yang terdiri daripada En. Kamal Bin Abdullah (Penolong Pengarah Pengurusan Guru Sekolah Rendah) dan En.Mat Lin Bin Mohd Noor (Penolong Pengarah Data & ABM Sekolah Rendah) berkaitan pemantauan sekolah pada 29 Januari 2013.


salam maulidur rasul







Seorang wanita datang kepada Hasan Al-Basri ra seraya berkata, “ Sesungguhnya aku punya anak gadis yang telah meninggal dunia. Aku ingin agar aku bermimpi berjumpa denganya.”Kemudian Hasan mengajarinya dengan sesuatu. Maka wanita itu lalu bermimpi melihat anak gadisnya memakai aspal. Di lehernya ada rantai membelenggu. Serta kakinya pun diikat. Kemudian dia merasa sedih dan menceritakan kepada Hasan. Setelah beberapa lama, Hasan bertemu dengan gadis itu disyurga. Dikepalanya memakai mahkota. Gadis itu bertanya, “Wahai Hasan akulah anak gadis yang datang kepadamu dan mengatakan demikian….apakah engkau tidak mengenaliku?”lalu Hasan berkata,”Apakah yang menyebabkan kamu berubah seperti apa yang aku lihat ini?”, gadis itu berkata,”Ada seorang lelaki melalui kami. Dia membaca selawat kepada nabi sekali. Sedang didalam kubur ada lima ratus lima puluh orang yang sedang diseksa.kemudian ada suara berkata,”Wahai angkatlah mereka dari seksaan berkat selawat lelaki itu!”Berkat selawat lelaki itu sekali sahaja mereka diampuni. Oleh itu marilah kita berselawat kepada junjungan besar Nabi supaya beroleh rahmat Allah. Salam Maulidur Rasul .....

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013


22 Januari 2013- Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013 Dun Bukit Besi telah diadakan di SK Minda Talong. Bantuan disampaikan oleh ADUN Bukit Besi iaitu YB Dato'Haji Din bin Adam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil PPD iaitu Tuan Hj. Fadzillah,Guru Besar SK Minda Talong dan juga Guru Besar SK Tepus.









SELAMAT DATANG JEMAAH NAZIR JAMINAN KUALITI KE SEKOLAH KEBANGSAAN TEPUS


17 Januari 2013- Pada hari ini SK Tepus telah dilawati oleh Pegawai Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti
Kementerian  Pelajaran Malaysia. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk verifikasi
Pemeriksaan Khas Tawaran Baru kepada Guru Besar tahun 2012 Sekolah Berprestasi Tinggi (KPI-SBT).
Didoakan agar semoga segala usaha kerja keras tahun 2012 akan berjaya dan mendapat kejayaan yang cemerlang. Insyaallah.
"Bukan Sekadar Sekolah Biasa"



Guru Besar SK Tepus, Cg.Azmi bin A. Bakar membentangkan hasil kejayaan sekolah sepanjang tahun 2012.

Pegawai-pegawai sedang memeriksa segala dokumen-dokumen yang berkaitan

Antara susunan dokumentasi fail-fail yang dikehendaki untuk pemeriksaan.


Tiga orang Penolong Kanan (PK) SK Tepus dari kiri Cg. Suri Sham PK HEM, Cg. Nik Sabri PK Koko, Cg. Zamri Izuan PK 1
Guru besar sedang dinilai oleh pegawai Nazir semasa PdP

Tenaga penting SK Tepus 2013


SESI PERSEKOLAHAN 2013

     Sesi persekolahan SK Tepus berjalan seperti biasa setelah memasuki minggu ke tiga persekolahan.












Gotong-royong Membersihkan sekolah


Setelah teruk dilanda banjir semua wagra SK Tepus telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Turut membantu ialah pihak bomba dan penyelamat bagi memudahkan kerja pembersihan.







Detik-detik banjir 24/12/2012








tazkirah hati

42 Kelebihan selawat ke atas nabi s.a.w


Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.