PETUA UNTUK MENGHILANGKAN PERASAAN GEMURUH KETIKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR PADA 10,11 DAN 12 SEPTEMBER 2013 NANTI.




"Tiada Rahsia Kunci Dalam Kejayaan. Ia Adalah Hasil Daripada Persediaan, Kerja Keras dan Belajar Daripada Kegagalan" - Colin Powell

Bermula pada 10,11 dan 12 September ini, kita sebagai murid tahun 6 akan meghadapi peperiksaan UPSR. Mungkin kita akan merasai perasaan gemuruh, takut dan sedikit tertekan.Sebenarnya Itu adalah  emosi negatif. Kita hendaklah menukarkan emosi negatif menjadi  emosi positif, tenang dan sebagainya. Emosi negatif biasanya datang walaupun kita sudah bersedia dengan persediaan yang rapi. Bak kata orang, “persediaan kita sangat rapi hingga setiap jawapan kita ibarat skema jawapan”. Itu yang kita mahu!
Caranya bagaimana? Jangan risau. Jangan sedih. Jangan bimbang. Berikut disenaraikan beberapa petua untuk kita amalkan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR agar kita jadi tenang sebelum peperiksaan bermula.

Semoga ianya dapat menjadi panduan kepada kita semua :-
1. Katakan kepada diri kita - “aku boleh”.

Sebenarnya kita tidak tahu bentuk soalan yang akan kita jumpa nanti sebelum memulakan peperiksaan. Perasaan takut tiba-tiba lahir.  Kalau ingin tenang sebelum peperiksaan bermula, cuba buang perasaan takut sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat kepada diri kita sendiri. Katakan yang kita boleh menjawab soalan satu persatu dengan senang. Bak kata pepatah orang-orang Terengganu – SENANG JAWAB SOALAN MACANG MAKANG KACANG JE .  Katakan pada diri kita, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.
2. Anggaplah pengawas peperiksaan adalah guru yang sentiasa pernah kenal.
Faktor pengawas peperiksaan termasuk ketua pengawas juga menyebabkan kita kurang selesa bila berada di dalam bilik peperiksaan. Harus diingat – mereka adalah manusia biasa. Tugas mereka mengawas/ menyelia sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. Anggaplah mereka itu adalah orang yang boleh membantu kita dalam segala urusan peperiksaan. AWAS. JANGAN MEMOHON BELAS KASIHAN, MINTAK JAWAPAN DARIPADA MEREKA. Curang dalam peperiksaan adalah berdosa dan tidak baik diamalkan.

3.  ‘Mindsetkan’ diri kita - berani gagal.

Kalau kita tanamkan sikap ‘berani gagal’ dalam diri  kita, rasa gementar, gugup dan sebagainya akan hilang secara beransur-ansur dan akan diganti dengan keberanian.Setelah kita buang perasaan takut, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani berhadapan dengan  apa jua yang akan terjadi. Sikap bersemangat akan datang secara tiba-tiba. Ramai dari kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita berhadapan dengan sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawab soalan peperiksaan.

4.  Bayangkan ketenangan diri kita semasa menjawab kertas soalan.

Tumpukan pada menikmati ketenangan jiwa, pemikiran supaya kita dapat menghilangkan rasa kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. Kajian menyatakan, teknik pernafasan secara betul akan membuatkan kita menjadi tenang. InsyaAllah ,idea-idea untuk menjawab soalan peperiksaan akan lancar apabila perasaan kita tenang.

5. Sebenarnya kita sudah bersedia. Mengapa perlu kita ‘nervous’.

Biasanya, perasaan kita runsing sebelum memulakan menjawab peperiksaan sebab kita rasa kita tak cukup bersedia hendak menjawab soalan peperiksaan tersebut. Bila kita sudah belajar, sudah mengulang kaji dan bersedia menjawab soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan YAKIN. Lainlah kalau kalau kita belajar pada saat-saat akhi
r peperiksaan. Sebenarnya kalau kita sudah bersedia belajar dari awal-awal persekolahan lagi akan tidak sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan itu. Kita tidak sabar hendak merasa ‘thrill’nya menjawab soalan. Hebatlah kalau begitu!

Kita tidak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawab apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

5. Ingat wajah-wajah kesayangan kita..
Sudah pasti kita mempunyai wajah-wajah kesayangan kit. Ibu, bapa atau adik beradik kita serta guru akan dapat melahirkan ketenangan walaupun kita berada dalam situasi yang penuh dengan tekanan seperti waktu-waktu menghadapi peperiksaan.
Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan kita, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati kita  untuk membuat kita tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan kita belajar ini adalah untuk mereka.
Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawab peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.

Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit.

6. Ingat masa depan kita.

Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan kita. Kita mengambil peperiksaan supaya kita lulus cemerlang dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.

Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga gemuruh, beritahu diri kita yang kita mahu rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”, ulangi berkali-kali.
Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan selama 7 saat. Ingat .
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang (Samuel Johnson).
InsyaAllah petua-petua di atas mudah-mudahan akan menjadi panduan kepada kita pada 10,11 dan 12 September nanti untuk kita menjadi tetamu peperiksaan UPSR sebenar.Apapun, calon murid UPSR SK.Tepus seramai 14 orang adalah calon-calon UPSR terbaik dalam daerah Dungun dan negeri Terengganu.Amin.Amin.Amin.

No comments:

Post a Comment