Seorang wanita datang kepada Hasan Al-Basri ra seraya
berkata, “ Sesungguhnya aku punya anak gadis yang telah meninggal dunia. Aku ingin
agar aku bermimpi berjumpa denganya.”Kemudian Hasan mengajarinya dengan
sesuatu. Maka wanita itu lalu bermimpi melihat anak gadisnya memakai aspal. Di lehernya
ada rantai membelenggu. Serta kakinya pun diikat. Kemudian dia merasa sedih dan
menceritakan kepada Hasan. Setelah beberapa lama, Hasan bertemu dengan gadis
itu disyurga. Dikepalanya memakai mahkota. Gadis itu bertanya, “Wahai Hasan
akulah anak gadis yang datang kepadamu dan mengatakan demikian….apakah engkau
tidak mengenaliku?”lalu Hasan berkata,”Apakah yang menyebabkan kamu berubah
seperti apa yang aku lihat ini?”, gadis itu berkata,”Ada seorang lelaki melalui
kami. Dia membaca selawat kepada nabi sekali. Sedang didalam kubur ada lima
ratus lima puluh orang yang sedang diseksa.kemudian ada suara berkata,”Wahai
angkatlah mereka dari seksaan berkat selawat lelaki itu!”Berkat selawat lelaki
itu sekali sahaja mereka diampuni. Oleh itu marilah kita berselawat kepada
junjungan besar Nabi supaya beroleh rahmat Allah. Salam Maulidur Rasul .....
No comments:
Post a Comment