Mesyuarat Kali 1

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KE-1/2013
Tarikh : 10 April 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah.
Masa : 2.00 petang

 Mesyuarat SKK kali pertama telah diadakan bagi menubuhkan beberapa jawatankuasa pelaksana bagi memudahkan pentadbiran SKK. Para guru juga diberi penerangan oleh guru besar dan juga PT sekolah tentang prosedur yang sepatutnya dilakukan untuk mendapatkan dana SKK yang bernilai RM 250 000.00.Selain itu juga, majlis turut meraikan  semua guru dan kakitangan sekolah dan diberi penghargaan atas usaha kerja kuat mereka membantu menaikan nama SK Tepus. Semoga Allah memberi mereka balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka sumbangkan.
Selamat bekerja kuat untuk semua warga SK Tepus.
"Bukan Sekadar Sekolah Biasa"  
 












Kelas Kabin SK Tepus

Kelas kabin SK Tepus yang sudah 98% siap dibina







SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 7

PUTRAJAYA - Sembilan buah lagi sekolah negeri Terengganu mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan hari ini. Majlis pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7 berkenaan telah berlangsung di Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12,  Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persukutuan, Putrajaya yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Seri Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.


Sembilan sekolah  Terengganu yang menerima pengiktirafan SKK Fasa 7 bagi Sekolah Menengah ialah SMK Chukai, Kemaman, SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, SM Imtiaz, Dungun, SM Imtiaz, Kuala Berang dan SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu. Dengan pengiktirafan SKK Fasa 7 jumlah SKK Mengah di Terengganu ialah dua belas buah sekolah.

Sementara  bagi Sekolah Rendah ialah SK Paka 2, Dungun, SK Tepus (SKM) Dungun, SK Kuala Berang, Hulu Terengganu dan SK Kampung Fikri Sungai Tong, Setiu. Dengan pengiktirafan SKK Fasa 7 hari jumlah SKK Terengganu bagi Sekolah Rendah ialah tujuh buah se/kolah.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Zakariah Ali telah mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu ke Majlis Pengiktirafan SKK Fasa 7 ini. Tahniah tuan Ketua Sektor atas sumbangan dan sokongan tuan terhadap pengiktirafan ini.

Sekolah-sekolah yang menerima pengiktirafan SKK Fasa 7 akan menerima peruntukan khas bagi memperkasa kebitaraan dan program-program ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi sebanyak RM250,000.00. Justru itu mereka perlu merancang dengan teliti program dan mematuhi segala prosidur pengurusan kewangan dan program agar segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tahniah kepada Guru Besar, Guru-Guru, PIBG dan seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama meletakkan kedudukan sekolah tuan/puan antara sekolah-sekolah hebat dan terbilang di negara ini. Pertahankan gelaran SKK dan melonjakkan ke arah SBT dan kita yakin tuan/puan mampu melakukannya.
Tahniah dan terima kasih.