Sekolah Kebangsaan Tepus juga telah menerima rombongan guru- guru SMK Ketengah Jaya. Rombongan telah diberi penerangan dan melihat sendiri perkembangan projek fertigasi sekolah yang telah memberi impak  yang baik kepada imej sekolah.


Sekolah Kebangsaan Tepus telah menerima kunjungan wartawan Harian Metro Encik Malik. Beliau telah diberi penerangan tentang projek Fertigasi yang dijalankan oleh pihak sekolah oleh Cikgu Azmi Guru Besar SK Tepus.

Khabar Minggu Ini SK Tepus…..



Sekalung Tahniah diucapkan kepada  Sekolah Kebangsaan Tepus yang telah di anugerahkan Sijil PENCAPAIAN ‘GP’ TERBAIK dan juga Sijil PENCAPAIAN MINIMUM C Daerah  Dungun oleh Jabatan Pelajaran Negeri  Terengganu semoga kecemerlanagan tersebut akan dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang.

Aktiviti-aktiviti sekolah minggu ini...

 
















Sekolah Kebangsaan Tepus telah mengadakan ceramah Israk Mikraj kepada murid-murid. Aktiviti ini dimulakan dengan ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi dan seterusnya disusuli dengan tayangan video kepada murid-murid.
Selain itu murid-murid juga telah mengutip hasil fertigasi mereka yang kini telah melebihi dua tan....tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga sk tepus yang telah menjayakan projek tersebut..

Sekolah juga telah menerima lawatan daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal yang berminat untuk mendalami kejayaan fertigasi SK Tepus.......

timun batang telah membuahkan hasil....

Projek Fertigasi SK Tepus telah memasuki hari ke-40 pada hari ni dengan kapasiti pengeluaran telah melebihi 1000 kg.Permintaan yang tinggi dan harga yang stabil di samping suasana persekitaran yang nyaman hasil daripada projek ini telah menarik minat pelawat daripada SMK Padang Pulut dan Rombongan Jabatan Pertanian Dungun yang diketuai oleh Pegawai Pertanian jabatan itu sendiri.Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Tepus atas kejayaan ini.