Tahniah SK Tepus

Dungun- 24 Mei 2012, Rekod kejayaan sekolah diteruskan lagi pada tahun ini dengan penganugerahan terbaru bersempena dengan sambutan Hari guru Peringkat Daerah Dungun lalu..paling membanggakan apabila sekolah memperolehi 2 anugerah yang belum pernah diperolehi sebelum ini. Dua anugerah tersebut adalah  ANUGERAH PIBG CEMERLANG DAN PENGURUSAN ICT CEMERLANG..TAHNIAH BUAT WARGA SK TEPUS..TERUSKAN KEGEMILANGANMU ....

Sambutan Hari Guru 2012

SK Tepus, Dungun- 16 Mei  adalah tarikh keramat untuk warga pendidik di seluruh malaysia. Jasa dan pengorbanan para guru mendidik anak bangsa tidak dapat dinafikan lagi. Lahirnya pemimpin-pemimpin, pakar-pakar, pegawai-pegawai serta profesion profesional adalah dengan didikan dan tunjuk ajar guru di sekolah. Oleh itu, hari guru yang disambut setiap tahun adalah untuk menghargai segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini...

Pada 16 mei 2012, diperingkat Sekolah Kebangsaan Tepus pada tahun ini, sambutan hari guru disambut dengan penuh kemeriahan sama ada oleh guru, kakitangan sekolah, murid dan ibubapa. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk semua yang hadir disamping anugerah-anugerah guru.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperi berikut.

  1. Perhimpunan pagi dan ucapan perasmian
  2. Senamrobik
  3. Perlawanan persahabatan antara warga sekolah dengan PIBG (lelaki)
  4. Acara musang berjanggut untuk (mengasing barang di dalam dulang)- wanita
  5. Acara tarik tali -lelaki dan wanita
  6. Acara makan epal tergantung -lelaki dan wanita
  7. Sukaneka murid tahap 1- mengisi air dalam botol
  8. Sukaneka murid tahap 2 - teropah gergasi
  9. Penyampaian hadiah dan anugerah
  10. Jamuan
**************************************LIHAT GAMBAR DIBAWAH****************************

UCAPAN PERASMIAN DAN BACAAN PERUTUSAN KPPN SERTA PPNT








ANTARA HADIAH YANG MENANTI PEMENANG

PEMENANG ANUGERAH GURU PALING DISAYANGI (CIKGU RAHIM-EIO)

PEMEMNAG ANUGERAH GURU PALING POPULAR (CIKGU KHAIRIL)

PEMENANG ANUGERAH STAF PALING POPULAR (MASTURA-PT)