TUAN RUMAH PERTANDINGAN BOLA SEPAK

DUNGUN: 16 FEBRUARI - Sekolah kebangsaan tepus telah terpilih untuk menjadi pengerusi pertandingan dan juga selaku tuan rumah bersama dengan sk minda talong. dengan keadaan padang yang begitu cantik untuk permainan ini, maka tidak hairanlah mengapa tidak sk tepus menganjurkan pertandingan di peringkat PKG bikut besi. selaku tuan rumah, sk tepus memilih 15 pemain bola sepak yang terdiri daripada murid tahun 6(5org), tahun 5(2 orang) dan tahun 3(8 orang). oleh kerana kekurangan murid, tiada sesi pemilihan diadakan, hanya murid diuji dari segi kemampuan menyepak bola untuk diletakkan dalam posisi yang sesuai. beberapa siri perlawanan persahabatan telah diadakan untuk menguji jentera serangan dan pertahanan...

Ramai guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam proses melatih dan penyediaan padang. mengukur padang mengikut piawaian dan memasang tiang gol adalah satu kerja yang memenatkan dan memakan masa 3 hari termasuk mengecat tiang dan palang serta membuat garisan padang.

pada kejohanan kali ini sebanyak 10 buah sekolah telah mengesahkan penyertaan mereka dan mereka telah bermesyuarat untuk peraturan permainan dan undian kumpulan, berikut adalah kumpulan yang telah diundi

KUMPULAN A ( BERMAIN DI PADANG SK TEPUS)
SK LKTP JERANGAU
SK TEPUS
SK PADANG PULUT
SK DENDANG
SK BUKIT BESI

KUMPULAN B( BERMAIN DI PADANG SK MINDA TALONG)
SK DURIAN MAS 1
SK MINDA TALONG
SK SHUKOR
SK PASIR RAJA
SK JONGGOK BATU

manakala perlawanan separuh akhir 1 dan 2 serta perlawanan akhir akan berlangsung di padang SK Tepus pada 17 feb jam 2.30 ptg

keputusan perlawanan seperti berikut

JOHAN : SK PADANG PULUT
NAIB JOHAN : SK PASIR RAJA